Sejarah Awal Mula Berdirinya Syiah - Syiah adalah suatu ajaran menyeleweng yang telah lama bertapak dalam dunia Islam, iaitu sejak dari zaman Saidina Usman Bin Affan. Seorang Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah Bin Saba’ telah memulakan gerakan merosakkan ajaran Islam dengan mengagung agungkan Saidina Ali Bin Abi Talib dan menghina para sahabat yang lain. Aliran ini telah melalui beberapa fasa perkembangan hingga terlahirnya ajaran syiah seperti yang kita lihat pada hari ini.
Perbedaan pendapat atau disebut sebagai polemik antara Syiah dan Ahlu Sunnah merupakan suatu isu yang telah lama dibahaskan oleh para ulama’ yang terdahulu. Dalam melihat polemik yang berlaku ini, dunia telahpun menyaksikan bagaimana berlakunya siri kemelut dan persengketaan yang berpanjangan sehingga berlakunya peperangan sepertimana apa yang berlaku di Syria, Iraq, terbaru di Yaman dan di beberapa Negara lain. Beberapa usaha untuk mendamaikan kedua belah pihak ini juga pernah diadakan namun sehingga kini belum ada tanda-tanda isu ini dapat diselesaikan.
Kenyataan sekarang, terlihat bahawa banyak rencana Syiah sudah terlaksana secara rapi di beberapa Negara Islam termasuk di Malaysia. Dengan demikian, gerakan Syiah adalah gerakan yang penuh dengan pelan strategik, dan diwujudkan dengan tindakan yang nyata. Apa yang kita lihat sekarang ini di Indonesia dan Malaysia adalah sebahagian daripada pelan hala tuju gerakan Syiah yang bertujuan bagi mendirikan kekhalifahan versi mereka dengan cara menguasai seluruh pemerintahan Negara. Dalam hal ini, bagi meningkatkan kewaspadaan diperlukan banyak kajian dan artikel-artikel ilmiah bagi membendung ajarn Syiah dari terus meracuni fikiran Ummat Islam.
Sejarah Awal Mula Berdirinya Syiah |
Sejarah Kemunculan Syiah
a) Latar Belakang Dan Faktor Kemunculan Syiah
Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau satu kelompok manusia. Perkataan syiah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya. (Fauzi Hamat, 2011). Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan suatu frasa yang digunakan bagi merujuk kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga orang khulafa ar-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad s.a.w yang sah. (Noresah Baharom, 2007). Syiah pada peringkat awal adalah merupakan kumpulan penyokong Sayyidina Ali Bin Abi Talib dalam krisis beliau berhubung dengan isu politik dengan Muawiyyah Bin Abu Sufyan, iaitu salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. khususnya setelah kematian Sayyidina Uthman Bin Affan. (Hamka, 1997). Ia kemudiannya berkembang menjadi satu aliran kepercayaan yang membezakannya daripada kumpulan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Berpandukan sejarah mengenai kelahiran golongan ini, sebahagian cendiakawan barat berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan pengaruh parsi yang telah menyerap masuk ke dalam Islam melalui pengislaman orang-orang parsi pada ketika itu. Ini kerana orang parsi berpegang kepada prinsip bahawa pemerintah adalah berdasarkan salasilah keturunan beraja dan kerusi pemerintahan tersebut adalah diwarisi. Maka berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya Rasulullah s.a.w., maka peribadi yang paling menurut mereka yang layak untuk mewarisi kerusi pemerintahan atau kepimpinan adalah Ali bin Abi Talib kerana Rasulullah tidak mempunyai anak lelaki. (Ali Abdul Fattah, 1995). Sesiapa yang mengambil jawatan tersebut seperti Abu Bakar, Umar dan Usman, maka individu tersebut menurut mereka telah merampas hak yang sepatutnya menjadi milik Ali bin Abi Talib. Dalam pada itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan golongan syiah berkembang hasil daripada perancangan yahudi melalui usaha yang dilakukan oleh Abdullah bin Saba’ yang melebih-lebihkan Ali daripada sahabat-sahabat yang lain dan mengagung-agungkannya sehingga kepada tahap mempertuhankan Ali. (Fauzi Hamat, 2011).
b) Jenis-Jenis Syiah
Syiah telah berkembang disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satunya adalah kerana munculnya Abdullah bin Saba’ al-Yahudi. Ia mengaku beragama Islam dan memihak kepada Ali serta Ahlul Bait, namun bersikap berlebih-lebihan dalam mencintainya. Mereka kemudiannya dinisbahkan kepada golongan Saba’iyyah. Al-Baghdadi berkata “Kaum Saba’iyyah adalah para pengikut Abdullah Bin Saba’ al-Yahudi. Mereka berlebih-lebihan dalam menyikapi Ali yakni meyakini bahawa Ali adalah nabi, bahkan sampai menduga bahawa ia adalah Allah”. Ketika berita tentang mereka disampaikan kepada Ali, beliau segera mengambil tindakan dengan memerintahkan untuk membakar mereka hidup-hidup dalam dua buah lubang dan mengasingkan tokohnya Abdullah bin Saba’ ke daerah al-Mada-in. (Muhammad al-‘Aqil, 2011).
Pada masa sesudah Ali, golongan Syiah terpecah menjadi empat kelompok iaitu Zaidiyyah, Imamiyyah, Kisaniyyah dan Ghulat. Sesudah itu, Zaidiyyah terpecah-pecah menjadi beberapa sekte, demikian juga yang terjadi pada Imamiyyah dan Ghulat dan mereka mengkafirkan antara satu sama lain.
c) Doktrin Ajaran Syiah
1) Al-Imamah di Sisi Syiah
Menurut Syiah, Imamah adalah ‘Istimrar atau nubuwah’ yang bermaksud penerus kenabian atau pewaris nabi. Syiah menyatakan bahawa penerus kenabian adalah manusia pilihan Allah dan Nabinya. Mereka mengatakan bahawa Rasulullah telah menyebut tentang Imam secara terang iaitu dalil ‘Ghadir Kham’ yang bermaksud “Sesiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali lah pemimpinnya”.
Imamah mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Syiah. An Naubkhti meneybut imamah adalah perkara yang paling besar setelah nabi. Manakala al-Kaashif al Ghita mengatakan Imama adalah lantikan dari Tuhan, sama seperti pelantikan nabi. Sedangkan Nikmatullah al-Jazairi menyebut bahawa Imamah yang umum darjatnya lebih tinggi dari nabi dan risalah. (Mohamad bin Ismail, t,t).
2) Aqidah Ar-Raj’ah
Raja’h adalah bid’ah yang diadakan oleh Syiah. Raj’ah bermaksud kebangkitan semula ke dunia setelah mati. Iaitu kebangkitan ketika kemunculan Imam al-Mahdi. Ia merupaka perkara usul dalam akidah mereka. Ibnu Babawaih berkata yang bermaksud; “Raj’ah pada aqidah kami adalah yang benar”. Al-Mufid pula berkata yang bermaksud; “Syiah Imamiyyah bersepakat tentang wajib berlaku raj’ah kepada ramai dari kalangan orang-orang yang telah mati. (Mohamad bin Islamil, t.t).
Berdasarkan kenyataan di atas, diketahui bahawa golongan syiah beriktikad bahawa musuh-musuh mereka yang terdiri daripada Ahlu Sunnah akan bangkit kembali dari kematian ketika kemunculan al-Mahdi dan mereka iaitu Ahlu Sunnah termasuk Abu Bakar, Umar, Usman akan disiksa di depan pengikut-pengikut Syiah. Mereka berpendapat inilah balasan terhadap mereka-mereka yang merampas hak Ali.
3) Aqidah Al-Bada’
Golongan Syiah mempercayai bahawa Allah bersifat dengan sifat al-Bada’ iaitu memulakan suatu ketentuan baru setelah ketentuan awal gagal dilaksanakan. Golongan Syiah mempercayai bahawa al-Bada’ termasuk dalam usul akidah mereka. Diantara ulama’ Syiah yang mengasaskan pegangan al-Bada’ ini adalah al-Kulaini yang meletakkan satu bab khusus mengenai al-Bada’ ini dalam kitabnya Usul al-Kahfi. Kemudian diikuti oleh ulama’ setelahnya iaitu Ibnu Babawaih yang meletakkan satu bab khusus mengenai al-Bada’ dalam kitabnya al-I’tiqadat. (Mohammad bin Ismail, t.t).
Asal makna al-Bada’ adalah tersembunyi, timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah melihat keadaan yang berlainan dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang. Golongan Syiah menganggap ilmu Allah didahului dengan sifat jahil dan berlaku perkara baharu dalam ilmu Allah. (Mohammad bin Ismail, t.t). Hal ini adalah jelas bertentangan dengan sifat Allah yang maha mengetahui akan segala sesuatu. Jika kedua perkara ini disandarkan kepada Allah, maka ia adalah sebesar-besar kekufuran terhadap Allah s.w.t. Para pengikut Syiah mempercayai bahawa al-Bada’ berlaku kepada imam-imam mereka. Sebagai contoh apabila sesuatu berita yang disandarkan kepada imam kemudian perkara itu tidak berlaku, mereka akan mendakwa inilah al-Bada’ yang berlaku pada imam imam mereka.
4) Al-Quran dan As-Sunnah di Sisi Syiah
Al-Quran adalah kalamullah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril dan diriwayatkan secara mutawatir, bermula dari surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas, membacanya dinilai sebagai ibadah. Ini adalah apa yang disepakati oleh ijma’ ulama’. Berbeza dengan fahaman Syiah, mereka mendakwa al-Quran yang ada pada hari ini, bukan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Mereka mendakwa bahawa al-Quran yang sebenar ada pada tangan Imam al-Mahdi yang ghaib dan akan dibawa oleh Imam al-Mahdi pada akhir zaman kelak. Mereka juga mendakwa terdapat beratus-ratus riwayat palsu yang disandarkan kepada imam-imam mereka berkaitan dengan penambahan, pengurangan, dan penyelewengan terhadap al-Quran yang di lakukan oleh para sahabat. (Mohamad bin Ismail, t.t).
Mengikut pendapat ulama’ ahli sunnah, ulama’ syiah menolak hadis kerana mereka menolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Ada sebahagian dari riwayat Syiah yang menyatakan “Sesungguhnya semua perkara dirujuk kepada kitab sunnah, mana-mana hadis yang tidak bertepatan dengan kitab Allah, ia adalah perhiasan”. Kebanyakkan teks dan riwayat hadis mereka menolak sunnah yang diguna pakai oleh Ahli Sunnah. Ini dapat diperhatikan melalui kefahaman dan perlaksanaan mereka terhadap hadis, begitu juga melalui periwayatan hadis dan matan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah. Sebagai contoh, Syiah mendifinisikan hadis sebagai “semua perbuatan, percakapan dan pengakuan daripada al maksum”. Mereka berkata bahawa sesungguhnya imam-imam (imam 12) adalah maksum, jadi semua jhadis yang terbit dari mereka adalaah sahih tanpa syarat sanad atau rawi sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana sesungguhnya al-Imamah adalah penerus kenabian. (Mohamad bin Ismail, t.t).
5) Taqiyah di Sisi Syiah
Taqiyah adalah menyembunyikan sesuatu yang terdapat di dalam hati dan menzahirkan yang sebaliknya. Seorang tokoh Syiah yang bernama al-Mufid telah mendefinisikan taqiyah dengan katanya “Taqiyah adalah menyembunyikan atau merahsiakan iktikad atau pegangan dari musuh, menyatakan secara zahir bersama dengan musuh demi menjaga agama dan dunia. (Mohamad bi Ismail, t.t). Dengan ini, taqiyah bermakna mereka (syiah) menzahirkan amalan ahli sunnah tetapi hati mereka tetap berpegang pada syiah.
Taqiyah adalah amalan syiah yang dilakukan secara kolektif. Amalan yang telah sebati dengan masyarakat syiah diamalkan sehingga kemunculan Imam al-Mahdi. Ibnu Babawaih menegaskan kewajipan beramal dengan taqiyah dalam kitabnya iktiqadat “Taqiyah adalah wajib, hukumnya tidak terangkat sehingga kemunculan al Qaim al-Mahdi, sesiapa yang tidak bertaqiyah sebelum kemunculan al-Mahdi, ia terkeluar dari agama dan terkeluar dari agama al-Imamah, bercanggah dengan Allah dan Rasul serta Imamah. (Mohamad bin Ismail, t.t).
6) Nikah Mut’ah di Sisi Syiah
Nikah mut’ah mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi syiah. Bagi mereka, anak dari hasil nikah mut’ah adalah lebih mulia dari anak hasil pernikahan biasa. Barangsiapa yang mengingkari mut;ah, bererti dia telah kufur dan murtad. Ibnu Babawaih berkata dari Abdullah bin Sinan, dari Abi Abdullah berkata “Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan ke atas kami semua minuman yang memabukkan dan menggantikannya dengan mut’ah. Mulla Fathullah al-Kaashani pula menyebut dalam kitabnya “Nabi saw bersabda sesiapa yang bermut’ah sekali, maka Allah akan membebaskannya 1/3 dari api neraka, sesiapa yang bermut’ah dua kali, maka Allah akan membebaskannya 2/3 dari api neraka dan sesiapa yang bermut’ah tiga kali, Allah akan bebaskan sepenuhnya dari api neraka. (Mohamad bin Ismail, t.t). Ini semua adalah pembohongan golongan syiah dimana ia melakukan fitnah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan pegangan-pegangan mereka sangat bertentangan dengan al-Quran dan hadis.
d) Perkara Pokok Perbahasan Di Antara Sunni Dan Syiah
Ibnu Hazzam mentakrifkan Ahlu Sunnah sebagai mereka yang kita panggil Ahlul Haq iaitu kumpulan yang berada di landasan yang benar dan yang lain dari mereka ialah Ahlul Bid’ah iaitu kumpulan yang sesat, kerana mereka adalah yang terdiri dari kalangan para sahabat dan siapa sahaja yang mengikuti jalan mereka dari kalangan Tabi’in. Kemudian para ahli hadis yang yang mengikuti mereka daripada kalangan ulama Fiqh dari satu generasi ke satu generasi berikutnya sehinggalah ke hari ini, begitulah juga orang yang mengikuti mereka daripada kalangan orang awam di segenap pelusuk dunia. (Wan Zahidi, t.t).
Ahlu Sunnah dan Syiah mempunyai beberapa aspek perbezaan yang ketara dalam aqidah. Perbezaan tersebut merangkumi konsep imamah, rukun iman, relevansi pemilihan Abu Bakar as-Siddiq, dan konsep al-‘ismah dan al-Raja’ah. Perbezaan ini yang membawa kepada penolakan Ahlu Sunnah terhadap golongan Syiah secara total berdasarkan hujah-hujah ilmiah yang dikemukakan oleh beberapa pemuka aliran al-Asya’irah seperti Abu Hasan Asy’ari, al-Amidi, al-Ghazzali, al-Razi, dan Ibnu Hajar al-Haytami. (Fauzi Hamat, 2011).
2. Konsep Imamah Menurut Syiah Dan Perbezannya Menurut Ahlu Sunnah Beserta Dalil
Al-Imamah merupakan suatu pegangan yang telah menjadi salah satu i’tikad golongan syiah. Mereka mendakwa bahawa hak memerintah setelah Nabi Muhammad s.a.w adalah milik Sayyidina Ali dan keturunannya daripada zuriat Sayyidatina Fatimah al-Zahra. Ia adalah satu daripada rukun iman yang penting bagi penganut syiah sehingga iman seseorang dianggap tidak sah melainkan setelah menerima konsep imamah ini. (Fauzi Hamat, 2011). Perkara ini merupakan khilaf terbesar di antara golongan Syiah dan golongan Ahlu Sunnah. Hal ini disebabkan imamah di sisi Ahlu Sunnah adalah berdasarkan persetujuan dan pemilihan yang dilakukan oleh Umat Islam.
Imamah di sisi Syiah Imamiyyah bermaksud “Al-Khilafah” atau kepimpinan ummat selepas Nabi Muhammad s.a.w adalah menjadi hak mutlak dua belas wali atau imam sehingga hari kiamat. Imamah adalah suatu jawatan yang ditentukan Allah secara nas daripada Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berpendapat bahawa antara syarat penting bagi seorang imam adalah mesti seorang yang maksum seperti seorang nabi. Dengan demikian, pemerintahan para khulafa ar-Rasyidin dan pemerintah-pemerintah Islam selepasnya adalah tidak sah dan dianggap perampas hak-hak imam yang mereka senaraikan seramai dua belas orang. Imamah juga dianggap sebagai rukun Islam yang paling utama dimana tidak sah Islam seseorang itu melainkan dengannya.(Wan Zahidi, t,t).
Dua belas imam yang wajib diimani bagi setiap muslim mengikut pandangan syiah adalah;
- Abu al-Hasan Ali bin Abi Talib – Al-Murtada
- Abu Muhammad al-Hasan bin Ali – Al-Zaki
- Abu Abdullah al-Husin bin Ali – Saidu Asy-Syuhada
- Abu Muhammad Ali bin Husin – Zainul Abidin
- Abu Jafar Muhammad bin Ali – Al-Baqir
- Abu Abdullah Jaafar bin Muhammad – Al-Sodiq
- Abu Ibrahim Musa bin Jaafar – Al-Khadim
- Abu Al-Hasan Ali bin Musa – Al-Ridza
- Abu Jafar Muhammad bin Ali – Al-Jawad
- Abu Muhammad Ali bin Muhammad – Al-Hadi
- Abu Muhammad al-Hasan bin Ali – Al-Asykuri
- Abu al-Qasim Muhammad bin al-Hasan – Al-Mahdi
Ulama’ Imamiyyah (syiah) sependapat menyatakan bahawa sesiapa yang mengingkari kepimpinan salah seorang daripada imam-imam yang disebutkan serta tidak mengakui kewajipan taat kepada mereka sepertimana yang diwajipkan oleh Allah, maka ia menjadi kafir, sesat dan layak kekal di dalam neraka. Ulama’ syiah selruhnya sependapat menyatakan bahawa imamah adalah sebahagian dari Usuluddin dan mereka telah membuktikannya dalam kitab-kitab mereka. (Wan Zahidi, t.t).
Hal ini bercanggah dengan konsep iman yang menjadi pegangan Ahlu Sunnah yang perpegang dengan enam rukun iman tanpa memasukkan kepercayaan kepada imam sebagai salah satu perkara yang wajib diimani. Di samping itu, khalifah di sisi Ahlu Sunnah hanyalah terdiri dari orang biasa, kelahiran mereka seperti kelahiran orang-orang biasa yang lain, dan kedudukan mereka tidak diangkat setaraf dengan nabi dan rasul. Menurut al-Amidi, golongan Ahlu Sunnah telah beriktikad bahawa penentuan bagi jawatan imamah bagi syiah atau khalifah bagi Ahlu Sunnah tidak dikaitkan dengan nas, tetapi penentuannya berdasarkan pemilihan yang dibuat. (Fauzi Hamat, 2011).
Ahli Sunnah dapat mengesan kesesatan akidah Syiah Imamiyah yang disebutkan dalam kitab Al-Kafi yang dikarang oleh Imam Al-Kulaini, seperti berikut;
Siapa yang tidak mempunyai imam, maka dia akan menjadi orang sesat dan siapa yang mati dalam keadaan tanpa imam, maka matinya dalam keadaan kafir dan munafik. Imam Riza berkata, “Manusia itu adalah hamba sahaya kami dalam hal ketaatan.”
Para imam adalah cahaya Allah SWT seperti mana firmanNya;
(#qãZÏB$t«sù «!$$Î/ ¾Ï&Î!qßuur ÍqZ9$#ur üÏ%©!$# $uZø9tRr& 4 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ×Î7yz
Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada RasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - Yang Kami turunkan. dan (ingatlah), Allah amat mendalam pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.
Syiah menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan cahaya dalam ayat ini bukan Al-Quran, tetapi para imam Syiah. Para imam Syiah adalah tiang bumi, suci daripada dosa-dosa, tidak mempunyai cela, dan mempunyai ilmu yang banyak. Seluruh perbuatan manusia akan diperlihatkan kepada Nabi s.a.w dan kepada para imam Syiah. Para imam mengetahui perkara yang lalu dan yang akan datang. Tidak ada yang tersembunyi daripada mereka sedikitpun. Tidak ada yang mampu menguasai ilmu Al-Quran kecuali para imam Syiah. Iaitu dengan cara mendapatkan warisan daripada imam Ali. (Kamaluddin Nurdin, 2014)
3. Kedudukan Para Sahabat Menurut Syiah
a) Pandangan Sunni Terhadap Sahabat
Di antara aqidah ahlu sunnah terhadap para sahabat adalah sikap diam terhadap perselisihan pendapat yang terjadi di antara mereka. Ini kerana mereka semua adalah mujtahid yang mendapat dua pahala jika mereka benar dan mendapat satu pahala jika mereka salah. Telah berkata as-Safarani dalam kitabnya Durratul Mudhiyyah yang bermaksud;
“Berhati-hatilah dari sikap terlalu mendalami permasalahan yang terjadi antara mereka yang seringkali sampai mengabaikan keutamaan mereka yang engkau tahu. Sesungguhnya itu semua terjadi kerana ijtihad yang tekah dihasilkan. Semoga Allah merendahkan orang yang memutuskan hubungan dengan mereka. Secara keseluruhan mereka semua diterima alasannya (ijtihad mereka). Diberi pahala dan tidak berdosa.” (Muhammad al-‘Aqil, 2011).
Ulama’ ahlu sunnah yang lain antaranya Ibnu Hamdan di dalam kitabnya Nihayatul Mubtadi-in berkata yang bermaksud;
“Wajib mencintai semua sahabat dan menahan diri dari perbezaan pendapat di kalangan mereka, baik secara tulisan, bacaan, pendengaran dan wajib mengingati kebaikan-kebaikan mereka, mendoakan keredhaan Allah ke atas mereka, mencintai mereka, menjauhi tindakan zalim ke atas mereka dan meyakini diterimanya alasan mereka bahawa apa yang mereka lakukan berdasrkan ijtihad yang diperkenankan. Hal ini tidak membuat mereka menjadi kufur dan tidak juga fasiq, tetapi mereka diberi pahal kerana hal itu adalah sebuah ijtihad yang dibenarkan.” (Muhammad al-‘Aqil, 2011).
Inilah mazhab (ahlu sunnah) yang dapat dipercayai para imamnya. Adapun orang-orang yang menyimpang yang terdiri dari tokoh-tokoh bid’ah yang sesat dan menyesatkan, tidaklah perlu diperhatikan perkataan dan ucapan mereka dan tidak perlu dijadikan sandaran dalam rujukan.
b) Pandangan Syiah Terhadap Sahabat
Ahlu Sunnah bersepakat tentang kejujuran dan keikhlasan empat khalifah, iaitu Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali. Namun bagi Syiah, ketiga-tiga khalifah sebelum Ali melakukan dosa besar. Mereka bersepakat dalam satu pandangan tegas bahawa para khalifah dan sahabat melakukan pengkhianatan dalam mempolitikkan Islam. Ini kerana mereka menyalahi wasiat Nabi s.a.w. Mereka mendakwa Rasulullah s.a.w menentukan dan menyerahkan kepimpinan (imamah) kepada Ali bin Abi Talib dan anak-anaknya selepas kewafatan baginda. Atas dasar ini, kelompok Syiah terutamanya Syiah Imamiyyah mengecam dan mencerca para sahabat dengan cercaan yang sangat buruk dan menuduh merekamelakukan sabotaj, pendustaan, kezaliman, dan pengkhianatan yang tiada taranya dalam sejarah politik Islam. Oleh itu, para sahabat pada tanggapan mereka adalah murtad dan kafir. (Kamaluddin Nurdin, 2014).
Seperti itulah pandangan mereka terhadap sahabat Nabi s.a.w. Mereka menganggap bahawa mereka semua (para sahabat) melakukan konspirasi yang tidak terlepas daripada penyelewengan dan penyimpangan daripada agama. Kecuali dua belas orang sahabat termasuk Ali, al-Fadhl, Sahal bin Hanif, Salman al-Farisi, Abu Zar al-Ghiffari, Al-Miqdad bin Amru, Ammar bin Yasir, Jabir bin Abdullah, Al-Barra’ bin Azib, Ubay bin Ka’ab, Khalid bin Sa’id, dan Abu Ayyub al-Ansari.
c) Pengaruh Syiah Dalam Politik Di Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Menurut Abu Zuhrah, Syiah adalah sebuah mazhab politik yang paling lama wujud di dalam Islam. Mereka muncul di penghujung era pemerintahan khalifah Uthman bin Affan dan berkembang pada era pemerintahan khalifah Ali bin Abi Talib. (Fauzi Hamat, 2011). Krisis politik dalam kalangan umat Islam selepas Rasulullah s.a.w meninggal dunia, diwarisi secara emosi dan keliru. Emosi di sini bermaksud, isu-isu itu hanya dilihat pasa sudut kehendak aliran politik ataupun sentimen tertentu tanpa cuba dirungkai ataupun dihafami secara betul. Disebabkan fitnah oleh golongan tertentu yang berterusan, Saidina Usman dibunuh dan dunia Islam terus tidak tenteram dan pelbagai cerita di tokok tambah, dari cerita politik Saidina Usman, hingga berlarutan pada isu perang Jamal, perang Siffin, pembunuhan Saidina Hussain, dan pelbagai lagi. (Mohd Asri Zainul Abidin, 2014).
Atas kedukaan sejarah yang ditokok tambah dan direka berdasarkan kepentingan politik, dibina pula berlbagai doktrin, akhirnya Syiah menjadi mazhab yang besar dan mewarisi dendam sejarah dari zaman ke zaman.
d) Kesan Pengaruh Syiah Terhadap Ummat Islam
Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan iktibar, jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang berpegang dengan al-Quran dan hadis boleh terperangkap dengan umpan umpan yang di pasang oleh musuh-musuh Islam yang tercatat dalam sejarah muram mereka. Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungan mereka dengan ajaran yang di bawa oleh Ibnu Saba’, penafian itu tidak membawa erti apa-apa jika persamaan di antara mereka diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut pengikut mereka sendiri. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti dan mengkaji ajaran Syiah dari semua spek aqidah, syariah dan akhlak, maka kita akan dapati bahawa ajaran Syiah telah dirancang dengan teliti untuk mengambil alih agama Islam yang sedia ada supaya umat Islam secara tidak sedar akan mengamalkan ajaran-ajaran yang bukan dari apa yang di ajarkan oleh Islam. Setelah berjaya memecah belahkan umat Islam, maka kita akan lihat beberapa kesan buruk yang berlaku pada umat Islam. Antaranya menurut Ahmad Nasim (2011) adalah;
i. Memecah Belahkan Ummat
Kehadiran Syiah berjaya memecah belahkan umat Islam kerana mereka menganggap golongan Ahli Sunnah yang berpegang kepada al-Quran dan hadis sebagai sebagai kafir dan lebih dahsyat dari iblis.
ii. Mempercayai perkara-perkara bid’ah, khurafat, dan tahyul
Golongan Syiah mengaggap Kufah adalah tanah haram. Bersembahyang dan berbuat kebajikan kepadanya pasti mendatangkan pahala yang besar. Selain itu golongan syiah juga menganggap tanah karbala sebagai tanah yang suci, boleh dimakan sebagai penawar yang boleh menghilangkan berbagai jenis penyakit.
iii. Berlaku keganasan di kalangan Ummat
Syiah menganggap orang orang Islam di kalangan Ahli Sunnah halal darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Selain itu, syiah juga menganggap Imam mahdi yang menurut golongan Ahli Sunnah sebagai penyelamat Ummat dari segala bentuk kezaliman sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong kaki dan tangan penjaga Tanah Haram.
iv. Memusnahkan Imej Islam
Islam yang suci dan murni akan musnah disebabkan kepercayaan syirik, keganasan dan elemen permusuhan yang dipelopori oleh golongan Syiah.
v. Hilangnya Keyakinan
Ajaran Syiah juga akhirnya akan mengakibatkan hilangnya keyakinan umat kepada agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai kerana pembawa pembawanya di anggap pengkhianat dan perampas hak Saiyyidina Ali dan Ahlul Bait. Sementara ajaran Syiah yang dianuti juga akan membingungkan mereka lantara penuh dengan khurafat khurafat yang tidak mungkin dapat diterima oleh orang yang mempunyai akal yang waras.
Demikianlah materi tentang Sejarah Awal Mula Berdirinya Syiah yang sempat kami berikan dan jangan lupa juga untuk menyimak materi seputar Sejarah Peristiwa Mandor 1944 (Tragedi Membantaian Jepang di Kalimantan) yang telah kami posting sebelumnya. semoga materi yang kami berikan dapat membantu menambah wawasan anda semikian dan terimah kasih.
Jangan Lupa Tinggalkan Komentar…!!!